Sunday, February 22, 2009

Komen terbaik aku bace setakat ini di web lain

masya allah, saya tak dapat menahan dari sakit hati bila membaca komen2 dari orang yang dk kutuk2 PR esp PAS. Saya sokong PAS bukan sebab itu PAS, tp sebab PAS bawak islam.

saya nak tanya cket kat orang2 yg insist BN/UMNO ni parti yang jaga islam. kita tak payah tgk yang besar2lah, yang kecik2 aja.

pertama, kita tgk PM sendiri, takpun PM in future tu, isteri dia tu pakai tudung ke? Tak habis baca surah annur ke diorang ni?

lelaki2 islam UMNO ni, ada jaga tak, fasal bersentuhan lelaki ngn pompuan. malah PakLah sendiri dengan senyum cerianya memegang michelle yeoh.halala ke? padahal ada hadith nabi cakap, lebih baik kulit kamu dicucuk dengan duri daripada bersentuh ngn wanita ajnabi.

ada ke isteri2 pemimpin PAS pg majlis hiburan? DS Rosmah tu siap bagi hadiah lagi kat AJL.

http://blogs.reuters.com/faithworld/files/2008/02/malaysia-pas.jpg

Wanita2 PAS ni ada make up ka? ada set rambut ka? ada pakai gincu tebal2 ka? Wanita UMNO majoritinya dak bawak gaya cam tu.[b][/b]
Kalau benda2 kecik mcm ni pun payah nak buat, jgn nak mengaku diri tu membela Islam!

Fasal kerjasama PAS ngn DAP, mmglah ada segelintir non muslim taknak dibuat negara Islam. tp masalh kat sini, kerjasama PAS-DAP berbeza dengan UMNO-MIC-MCA. Pas berusaha memberi kefahaman kepada non muslim, berusaha membuatkan mereka sedar keadilan dalam Islam. PAS masih berazam tinggi untuk melihat negara Islam ditubuhkan. Tp UMNO, ada nak fahamkan non muslim ttg Islam? Ada nak tunjukkan Islam ni bukan benda yang menakutkan? Ada nak tunjukkan semangat mereka untuk tubuh negara berlandaskan undang2 Islam? Yang ada pun, dk menakutkan non muslim fasal hudud, fasal bersunat. tak relevan langsung!!Knp mereka boleh bersatu? Ideologi berbeza, tapi masing2 ada satu titik yang sama, untuk menegakkan keadilan. PAS tak lari dari Islam, sebab keadilan pun adalah sesuatu yang dituntut dalam islam!

agak2lah, dengan cara pemerintahan UMNO ni, non muslim akan lebih faham fasal Islam tak? jawapnnya, never! Malah makin keliru! UMNO memberi teladan kepada masyrakat yang banayk benda yang dibuat tak berdosa.tak tutup aurat tak berdosa, sentuh laki pompuan tak dosa, hiburan adalah satu benda yang bagus, berjudi tak mengapa, clubbing benda yang halal.

Saya bukanlah penyokong PAS yang totok, tapi sy pendukung Islam yang sejati. Kalau satu masa nanti PAS juga gelap dengan dunia-insya Allah ini tak berlaku, saya juga akan lari dari membela PAS.

PAS adalah satu parti yang didukung oleh manusia biasa, yang dasrnya adalh islam. Tapi saya tak nafikan, sebagai manusia biasa, PAS juga tidak lari dari membuat salah dan silap. Tapi PAS sentiasa berusaha meminimumkan dosa, bukan seperti puak UMNO yang hari2 membuat dosa tanpa rasa berdosa!

http://dinmerican.files.wordpress.com/2008/03/partai_keadilan_rakyat_logo_1.jpg

Tentang PKR pula, secara peribadi, saya berpendapat, PKR tak akan wujud sekiranya DSAI tak dipecat dari jawatannya 11 tahun sudah. sepatutnyalah DSAI melahirkan rasa syukur pada Allah kerana masih memberi teguran kepadanya. PKR terbentuk adalah untuk membela pemecatan DSAI. Tetapi kemudian, PKR berubah menjadi parti pembangkang yang terpengaruh. Walaupun begitu saya merasakan, tak semua ahli PKR dapat membuang mentaliti dan fikrah mereka semasa masih dalam UMNO dulu. Buktinya, apa yang telah terjadi di Perak ini. Bilangan mereka yang ramai di parlimen tak bermakna mereka kuat berbanding parti pembangkang yang lain. mungkin diluar mereka kuat, tapi perlu bagi mereka menguatkan dalaman juga. setelah apa yang terjadi ini, wajarlah pihak pimpinan PKR mengambil kira pembentukan rohani ahli2nya sebelum diletakkan sebagai saf pimpinan. sekalipun rasa tidak sanggup mengikuti cara pas mentarbiyyah pemimpinnya, gunalah cara yang lebih ringan sedikit, perlahan2. Mereka perlu sekali membuang cinta wang dan pangakat dalam hati ahli2 mereka. sebagai bekas pengasas ABIM, sy menaruh aharapan yang tinggi kpd DSAI untuk membuat perubahan ini…

http://www.indonesia-relief.org/mod/bank/logo/248.jpg

Wallahua’lam.


http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=657

No comments: