Sunday, December 27, 2009

Kumpulan desak PAS S'gor keluar Pakatan Rakyat ???

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam.

Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.

Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam. - Bernama

P/S: Pada pendirian aku, mereka ni adalah antara golongan yang tak sedar diri. Memang x salah lagi Duri Dalam Daging (3D). Apakah mereka sebenarnya paham ape yang mereka laung-laung kn? Tgk dari banner dah tau dorg ni pencacai umno. Cube korang cri ayat "Melayu Islam". x ke bangang namenye mendahulukan bangsa sebelum agama. Adekah dorg pikir kalau PAS brgabung dgn umno, Islam akan diiktiraf begitu tinggi? Tengok la sndiri Rosmah si bini Najib.
Tudung pon xreti nk pkai. Bukankah Islam menuntut umatnya menutup aurat? Kalau perkara mudah mcm ni pon x mampu nk buat, jgn la harap si umno lahanat ni akan terima HUDUD.

Jadi bagi sesiapa yang terlibat, cubalah korang pikir-pikirkan. Antara Abu Jahal ngan Abu Talib, mane satu merupakan sekutu terbaik?